Chad Trujillo

Chadwick A. "Chad" Trujillo (dilahirkan 22 November 1973) ialah seorang ahli astronomi dan menjumpai planet kerdil Eris bersama-sama Michael E Brown dan David L Rabinowitz.Trujillo bekerja menggunakan perisian komputer dan memeriksa orbit pelbagai objek trans-Neptun (Trans-Neptunian objects, TNO). TNO berada di kawasan luar Sistem Suria dan kawsan ini menjadi bidang pengkhususan Trujillo. Pada lewat Ogos 2005, Trujillo, bersama-sama Michael E. Brown dan David L. Rabinowitz, telah menjumpai Eris yang merupakan TNO yang lebih besar daripada Pluto.[1]